Kesimpulan
Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair adalah perkara penting yang perlu difahami pelajar. Ini kerana ia melibatkan apa yang anda sukat dalam pengukuran isipadu cecair. Seseorang guru perlu kreatif dan berhati-hati agar tidak berlaku salah konsep mengenai isipadu cecair.
Sehubungan dengan itu pemilihan bahan bantu mengajar perlulah dirancang dengan baik dan tersusun agar penyampaian pengajaran akan mencapai objektif. Ini penggunaan bahan bantu mengajar yang betul akan dapat memberi konsep yang betul kepada pemahaman pelajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang menarik dan tepat secara tidak langsung akan memyebabkan pelajar suka belajar serta mempunyai minat tinggi kepada matapelajaran matematik.
Tidak juga ketinggalan perancangan aktiviti yang berkesan dan tersusun membantu pelajar lebih memahami konsep isipadu cecair. Perancangan yang baik jika melibatkan semua pelajar dalam melaksanakan aktiviti agar tidak ada pelajar yang ketinggalan. Jika ketinggalan maka mungkin akan berlaku kefahaman salah konsep kepada pelajar tersebut. Perkaitan bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti perlu selaras agar mencapai objektif pengajaran.
No comments:
Post a Comment