A. Aktiviti Pengajaran untuk pelajar yang mempunyai kebolehan yang rendah.
Hasil Pembelajaran: Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
Bahan Bantu Mengajar : kad-kad gambar dan gunting
1. Murid di agihkan 3 orang ke dalam setiap kumpulan.
2. Murid memotong kertas yang diberi kepada kad-kad yang disediakan oleh guru.
Jenis kad isipadu kosong
Jenis kad isipadu separuh penuh
Jenis kad isipadu penuh
3. Murid mendengar arahan dan tatacara permainan.
4. Permainan di jalankan serentak didalam kelas melibatkan semua murid secara
berpasangan dengan murid ketiga sebagai juri.
5. Kad-kad diagihkan sama banyak kepada kepada setiap murid
6. Murid mengocok kad mereka masing-masing.
7. Dengan arahan guru, murid meletakkan satukan kad dan membuka kad serta pamerkan di
atas meja.
8. Murid membandingkan kad yang dibuka dan menganggar isipadu cecair pada kad.
9. Murid membandingkan isipadu cecair pada kad menggunakan ukuran bukan piawai.
10. Murid yang mempunyai isipadu cecair yang lebih banyak dikira sebagai pemenang dan
layak mendapat kad pasangannya.
11. Kalau murid menyebut isipadu yang salah maka kad itu akan diberi semula kepada
pasangannya. tugas ini dimainkan oleh murid ketiga yang bertindak sebagai juri.
12. Setelah tamat aktiviti, pemenang akan ditentukan dengan mengira jumlah kad yang
diperolehi. Kad murid yang paling banyak adalah pemenang.
B. Aktiviti Pengajaran untuk pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi.
Hasil Pembelajaran: Menganggar Isipadu Cecair
Bahan Bantu Mengajar : gelas, jag, teko, baldi mangkuk mug, gayung dan tin minuman.
Langkah pertama
1. Guru menunjukkan slaid powerpoint kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isipadu cecair yang terdapat dalam bekas yang ditunjukkan.
Langkah kedua
2. Guru menunjukkan tentang cara-cara menganggar isipadu cecair dalam satu bekas dengan menyukat menggunakan cawan kecil.
Langkah ketiga
3. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan, 5 orang 1 kumpulan.
4. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.
5. Setiap kumpulan diberi satu gelas yang sama saiz.
6. Setiap kumpulan diberi jag, teko, baldi mangkuk, mug, gayung dan tin minuman
7. Setiap
8. Murid akan menuangkan air sirap dari dalam jag yang berisi air sirap ke dalam gelas kecil sebagai alat untuk menyukat isipadu, kemudian akan menuangkannya semula ke dalam jag kosong.
9. Murid akan merekodkan berapa kalikah bekas yang sama (alat penyukat) digunakan untuk menghabiskan air sirap dari dalam jag itu.
Langkah keempat
10. Murid membuat aktiviti pengukuhan (masih dalam kumpulan yang sama dan menyukat menggunakan bekas yang sama sebagai alat penyukat).
11. Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid diminta melengkapkannya sebagai latihan pengukuhan.
12. Guru membuat penilaian semasa menyemak hasil kerja murid.
susah jugak...tapi bestttt
ReplyDelete