Friday, November 26, 2010
Kesilapan dan salah konsep oleh pelajar
Kesilapan pelajar mendapat konsep yang salah tentang kapasiti tentang isipadu cecair apabila dibandingkan diantara dua bekas. Pelajar selalu akan membuat kesilapan dengan memberi jawapan yang salah. Ini kerana jika dibandingkan kapasiti air yang sama tetapi menggunakan bekas yang tinggi satu lagi mendatar. Pelajar akan terpengaruh dengan ketinggian bekas untuk menyatakan bahawa bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih banyak.
Berikut merupakan beberapa sebab untuk memperkenalkan pengukuran cecair kepada kanak-kanak melalui penggunaan unit-unit bukan piawai:
bahan-bahan untuk unit piawai adalah mudah untuk diperolehi.
Unit-unit bukan piawai lebih mudah untuk digunakan.
Unit bukan piawai menggunakan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Mengikut sejarah, manusia menggunakan unit-unit bukan piawai untuk pengukuran sebelum menetapkan unit piawai.
Untuk membuat perbandingan secara langsung, beberapa jenis pengisi seperti air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang mana boleh mengisi lebih. Di sini pelajar akan dapat mengetahui dan memahami konsep pengukuran isipadu cecair dengan betul. Sehubungan dengan itu salah konsep pelajar dapat di atasi dengan melakukan ujikaji.
Kesimpulan
Kesimpulan
Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair adalah perkara penting yang perlu difahami pelajar. Ini kerana ia melibatkan apa yang anda sukat dalam pengukuran isipadu cecair. Seseorang guru perlu kreatif dan berhati-hati agar tidak berlaku salah konsep mengenai isipadu cecair.
Sehubungan dengan itu pemilihan bahan bantu mengajar perlulah dirancang dengan baik dan tersusun agar penyampaian pengajaran akan mencapai objektif. Ini penggunaan bahan bantu mengajar yang betul akan dapat memberi konsep yang betul kepada pemahaman pelajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang menarik dan tepat secara tidak langsung akan memyebabkan pelajar suka belajar serta mempunyai minat tinggi kepada matapelajaran matematik.
Tidak juga ketinggalan perancangan aktiviti yang berkesan dan tersusun membantu pelajar lebih memahami konsep isipadu cecair. Perancangan yang baik jika melibatkan semua pelajar dalam melaksanakan aktiviti agar tidak ada pelajar yang ketinggalan. Jika ketinggalan maka mungkin akan berlaku kefahaman salah konsep kepada pelajar tersebut. Perkaitan bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti perlu selaras agar mencapai objektif pengajaran.
VIDEO ISIPADU CECAIR
Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=OAotjwOKpQs
Video diatas boleh ditayangkan kepada pelajar sebelum bermula pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam video ini di paparkan beberapa alat yang berlainan digunakan untuk mengukur kapasiti isipadu yang sama nilainya. Pengukuran isipadu cecair yang dituang dari satu pengukur ke satu pengukur yang berbeza dapat membaiki persepsi pelajar agar tidak berlaku salah konsep.
BAHAN PENGAJARAN 1 & 2 : ISIPADU CECAIR TAHUN 2
BAHAN PENGAJARAN UNTUK TAHUN 2 DALAM ISIPADU CECAIR
Bahan Pengajaran 1
1. Kad tebal
2. Kad-kad
3. Gunting
Aktiviti pengukuhan.
Menganggar isipadu cecair dengan menggunakan gelas.
Aktiviti pengukuhan.
Menganggar isipadu cecair dengan menggunakan gelas.
Bahan Pengajaran 2
Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan gelas.
1. Gelas kecil
2. Mug
3. Baldi kecil
4. Gayung
5. Cawan kertas
6. Tin minuman
7. Jag
8. Teko
9. Baldi besar
10. Mangkuk
Tuesday, November 23, 2010
Aktiviti Pengajaran 1 & 2 : ISIPADU CECAIR TAHUN 2
A. Aktiviti Pengajaran untuk pelajar yang mempunyai kebolehan yang rendah.
Hasil Pembelajaran: Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
Bahan Bantu Mengajar : kad-kad gambar dan gunting
1. Murid di agihkan 3 orang ke dalam setiap kumpulan.
2. Murid memotong kertas yang diberi kepada kad-kad yang disediakan oleh guru.
Jenis kad isipadu kosong
Jenis kad isipadu separuh penuh
Jenis kad isipadu penuh
3. Murid mendengar arahan dan tatacara permainan.
4. Permainan di jalankan serentak didalam kelas melibatkan semua murid secara
berpasangan dengan murid ketiga sebagai juri.
5. Kad-kad diagihkan sama banyak kepada kepada setiap murid
6. Murid mengocok kad mereka masing-masing.
7. Dengan arahan guru, murid meletakkan satukan kad dan membuka kad serta pamerkan di
atas meja.
8. Murid membandingkan kad yang dibuka dan menganggar isipadu cecair pada kad.
9. Murid membandingkan isipadu cecair pada kad menggunakan ukuran bukan piawai.
10. Murid yang mempunyai isipadu cecair yang lebih banyak dikira sebagai pemenang dan
layak mendapat kad pasangannya.
11. Kalau murid menyebut isipadu yang salah maka kad itu akan diberi semula kepada
pasangannya. tugas ini dimainkan oleh murid ketiga yang bertindak sebagai juri.
12. Setelah tamat aktiviti, pemenang akan ditentukan dengan mengira jumlah kad yang
diperolehi. Kad murid yang paling banyak adalah pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)